CARA MEMILIH CALON PASANGAN

Dalam Surah An Nur ada menyatakan bahawa suami atau isteri kamu adalah cerminan bagi diri kamu.
.
“Wanita-wanita yang tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, dan lelaki-lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Dan sebaliknya, wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik-baik” (Surah An Nur:26)
.
Daripada surah ini, bagi yang masih belum bertemu jodoh, perbaikilah diri sebaik mungkin kerana anda masih diberi peluang oleh Allah swt untuk menjadi yang terbaik dan memperoleh pasangan yang juga terbaik. Bagi yang sudah berkahwin, sentiasalah meng’upgrade’ kualiti diri dan pasangan agar sentiasa istiqamah dalam mendapatkan keredhaan Allah dan terus ikhlas mengejar syurga Allah yang kita semua damba.

Wahai kaum hawa, dalam memilih bakal suami, pilihlah yang terbaik untuk memimpinmu ke Syurga. Pilihlah seperti yang berikut.
.

Ciri-ciri bakal suami

.
  • Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • Bertanggungjawab terhadap semua perkara
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
.

Ciri-ciri bakal isteri

.
  • Beriman & solehah
  • Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Menentukan mas kahwin yang rendah
  • Wanita yang subur
  • Berasal dari keturunan yang baik
  • Bukan keturunan terdekat
  • Tidak memandang harta semata-mata
.
Bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan jodoh, gunakan medium ini sebagai salah satu cara.

Komentar

Entri Populer

RENUNGAN, Sebuah Pesan Indah Untukmu Ukhti…

Kisah Seorang Akhwat Yang Minta Dilamar Ikhwan, Awalnya Dicueki, Tapi Setelah Itu Kejutan Datang

3 kanak-kanak lemas selepas terjatuh dalam sungai