CIRI-CIRI LELAKI SOLEH

Apa yang dimaksudkan dengan lelaki soleh? Lelaki soleh adalah seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang sungguh mulia. Peribadi mulia ini terbentuk melalui pendidikan agama yang cukup diberikan oleh keluarganya yang sangat menitik beratkan soal hukum agama, halal, haram dan berbagai lagi. Sudah menjadi impian bagi wanita yang ingin berkahwin untuk mendapat seorang suami yang soleh dalam hidupnya untuk sama-sama membina keluarga sakinah.
.
Antara ciri-ciri lelaki soleh dambaan wanita adalah seperti berikut.
.
  1. Memiliki keyakinan agama yang kuat.
.
Ini merupakan kunci utama bagi lelaki juga wanita. Jika agama yang kuat ada dalam diri seorang lelaki, maka semua hal yang lain mengikutinya.
.
Lelaki yang soleh menjaga hubungannya dengan Allah SWT, solat berjemaah di masjid, solat pada waktunya, menjalankan ibadah sunnah, rajin menuntut ilmu dan sentiasa memelihara diri dari perbuatan yang keji.
.
  1. Berakhlak mulia.
.
Perkara utama bagi lelaki soleh iaitu berakhlak atau berbudi pekerti dan berperangai yang baik dan mulia.
Akhlak merupakan peribadi seseorang, jika akhlaknya baik maka orang tersebut baik secara umum, jika akhlaknya buruk maka kejahatan pun membentuk untuk seseorang yang tidak mampu menjaga adabnya.
Maksudnya disini, jika lelaki itu baik pada dirinya sendiri, maka dia akan baik juga untuk orang lain. In shaa Allah.
.
  1. Rajin menuntut ilmu dan cinta pada orang-orang berilmu.
.
Lelaki soleh tidak akan puas terhadap ilmu yang diperoleh. Mereka akan selalu merasa kurang kerana tahu bahawa ilmu jika dipelajari tidak akan pernah habis.
Kesannya, semakin banyak ilmu semakin membuatnya rendah hati.
.
  1. Bertanggungjawab
.
Bagaimana hendak tahu seorang lelaki itu bertanggungjawab atau tidak, lihatlah pada cara dia memperlakukan orang-orang terdekatnya. Juga terhadap apa yang dilakukannya.
.
Lelaki soleh tidak mungkin mengabaikan apa yang telah menjadi hak dan kewajibannya baik terhadap amal ibadatnya, pekerjaannya, dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya.

5. Bersifat jujur dan amanah.
.
Lelaki soleh harus bersifat jujur dan amanah dan dapat dipercayai, tidak mengabaikan tugas yang telah diberikan kepadanya dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada.
.
  1. Bersikap tegas dan berpendirian.
.
Tegas tidak bererti kasar dan tidaklah secara berlebihan. Tegas yang perlu ada dalam mempertahankan martabatnya dan tegas dalam menyampaikan nasihat-nasihat serta kebenaran.
.
Lelaki soleh adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi, disitu perlukan ketegasan, namun dia tetap perlu memiliki hati yang lembut, sopan tutur katanya, dan tidak menyakiti fizikal mahupun mental orang lain.
.
7. Suka bergaul dengan orang-orang soleh.
.
Lelaki soleh suka berkumpul di majlis ilmu atau selalu berkumpul dengan orang-orang mengajak kepada kebaikan. Mereka akan menjauhi pergaulan bebas dan hubungan yang melalaikan agama. Dari situ mereka dapat memelihara perilaku.
.
  1. Menjaga pandangan matanya.
.
Lelaki soleh perlu selalu menjaga pandangannya dari perbuatan maksiat, tidak suka melihat sesuatu yang belum halal, selalu menundukkan kepala dan tidak menatap wanita bukan muhrimnya apatah lagi sampai berlaku atau bertindak lebih dari itu.
.
Tidak hanya mata, namun juga perlu mampu menjaga tangan, hati dan juga fikirannya dari hal-hal yang diharamkan oleh agama.
.
  1. Tidak terlalu boros.
.
Tidak salah berbelanja untuk sesuatu perkara, tetapi tidaklah secara berlebihan. Contohnya, dalam membeli makanan janganlah sehingga menyebabkan pembaziran. Tetapi jangan pula berjimat sehingga menjadi lelaki yang kedekut.
Maksudnya disini hidup bersederhana adalah cara hidup Islam yang mana setiap sesuatu itu haruslah  sesuai pada kedudukannya.
.
  1. Rendah hati dan pemaaf
.
Lelaki soleh dapat mengawal nafsu marahnya dan mampu memaafkan orang yang berbuat kesilapan terhadapnya. Namun bukan itu sahaja, lelaki soleh juga memiliki hati yang baik iaitu dia akan memohon maaf sekiranya dia sendiri melakukan kesilapan.
.
  1. Berwibawa dan selalu menjaga kebersihan diri.
.
Lelaki soleh yang berwibawa selalu tampil dengan pakaian yang rapi, kemas dan menjaga badannya untuk selalu bersih dan rapi dalam berpenampilan.
.
  1. Sabar dan ikhlas dalam melakukan sesuatu.
.
Memiliki hati yang sabar dan ikhlas dalam menerima segala ujian dari Allah. Tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa Allah SWT selalu bersama orang-orang yang bertaqwa.
.
13. Memiliki perasaan cinta dan kasih sayang.
.
Lelaki soleh tentu memiliki hati yang mulia dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Dapat dilihat dari bagaimana ia melayan orang tuanya, saudara-saudaranya, serta orang-orang mukmin yang lainnya.
.
Dari cinta dan kasih sayang yang luas, maka akan timbul pengertian dan perhatian. Sungguh luar biasa sempurnanya seorang lelaki jika memiliki tanggungjawab, cinta dan kasih sayang serta penuh perhatian.

Itulah antara ciri-ciri lelaki soleh yang dapat dikongsi. Bersyukurlah jika anda sudah memilikinya. Bagi yang belum bertemu pasangan, berusahalah sehingga berjaya. Allah akan memandang pada kesungguhan anda juga. In shaa Allah.
.
Ya Allah berkatilah hidup kami, keluarga kami serta amal ibadat kami. Berikanlah kami pasangan juga calon pasangan kami dari golongan orang-orang yang soleh. Aamiin Yaa Robbal’Alamiin.

Komentar

Entri Populer

RENUNGAN, Sebuah Pesan Indah Untukmu Ukhti…

Kisah Seorang Akhwat Yang Minta Dilamar Ikhwan, Awalnya Dicueki, Tapi Setelah Itu Kejutan Datang

3 kanak-kanak lemas selepas terjatuh dalam sungai