Jodoh Itu Rezeki, Carilah Yang Terbaik!
![Gambar](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiacbFpmTNW0bOhXpiHknjRdOBXFHeLvyENGHOe8QE99FJhdsYc4L_dJY0497XedG-I-sL-vJv_Kq_KoLTDbhR0rs_jIdUCBSswMER2EGyZCkP1dEizQ-n35jdwycA1twz0PXDO8wb-RU3x/s640/Jodoh+Itu+Rezeki%252C+Carilah+Yang+Terbaik%2521.jpg)
SEGELINTIR daripada kita sering ditebak dengan persoalan jodoh. “Kamu belum kahwin lagi? Umur berapa ye?”, “Memilih sangat kot, sebab tu payah nak lekat sampai jodoh pun takut nak dekat.” Antara kata-kata yang sering menyapa telinga kebanyakan anak gadis dan teruna yang belum sampai jodohnya. Sememangnya persoalan jodoh bukan urusan kita, jodoh itu rezeki dari ALLAH SWT. Dia yang tentukan segala-galanya. . Jodoh itu rezeki Jodoh adalah perkara kecil berbanding impian kita untuk menegakkan syiar Islam. Ingatlah, apabila tingginya cita-cita kita untuk menegakkan agama-Nya, insya-ALLAH, Dia akan mempermudah soal jodoh. . Demikianlah ucapan pembuka bicara daripada pendakwah, Ustaz Pahrol Mohd Juoi semasa menyampaikan pembentangannya bertajuk Susah Cari Jodoh dalam Konvensyen Kontrak Cinta Ke Syurga pada 1 Mei lalu bertempat di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. . “Saya memetik kata-kata seseorang yang...